Tuesday, September 9, 2008

KOS PENDIDIKKAN

Mengapa merancang dan pendidikan itu penting..?

Pendidikan yg sempurna merupakan hadiah yg paling berharga serta murni yg boleh di berikan oleh ibubapa kpd anak2 mereka. Dengan adanya pendidikan yg berkualiti bukan sahaja anak-anak akan dapat pekerjaan yg baik tetapi menjadikan mereka manusia yg berilmu serta berwawasan.
Tahukah anda pada hari ini hanya 3% dari pelajar lepasan sekolah menengah yg berjaya ke IPTA .? Bagaimana dengan nasib 97% baki pelajar tersebut.? Tahun 2005 sahaja menyaksikan 100,000 pelajar gagal untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA bukan kerana mereka tidak layak tetapi kekurangan atau tiada kekosongan tempat. Kerajaan hanya mampu menasihatkan mereka untuk melanjutkan pelajaran tersebut di IPTS.
Melanjutkan pelajaran ke luar negeri atau IPTS boleh dijadikan alternatif,tetapi tahukah anda kos pendidikan di luar Negara dan IPTS sangat tinggi.? Setiap tahun ramai pelajar yg menangis kerana hasrat dan impian mereka untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pelajaran pilihan mereka tidak kesampaian. Malahan ramai ibubapa terpaksa menjual harta serta meminjam dari pelbagai institusi kewangan yg mengenakan faedah tinggi. Lebih malang lagi,terdapat sebilangan pelajar IPT yg melacurkan diri mereka,semata-mata untuk mendapatkan wang ringgit bagi menampung kos kehidupan mereka di kampus. Adakah ini yg kita mahukan untuk anak-anak kita..?
Kenapa ini berlaku..? Jawapannya sgt mudah – mereka tidak bersedia dari awal untuk menyediakan tabung pendidikan anak-anak mereka..! Tahukah anda kos pendidikan di IPTS yg berjumlah rm68,000 hari ini akan menjadi rm194,000 pada 18 tahun akan datang..? Di sinilah kesedaran awal sangat penting untuk ibubapa menyediakan kos tersebut seawal yg mungkin.

· Kadar inflasi atas 6% setahun


Bagaimana hendak memulakan tabung pendidikan..?

Langkah 1 :
Tentukan jenis pendidikan yg ingin anda sediakan untuk mereka dan di institusi pelajaran mana yg jadi pilihan anda samada luar negara,berkembar,IPTS atau IPTA.
Langkah 2 :
Tentukan jumlah simpanan yg perlu di buat untuk mencapai matlamat anda. Anda perlu mengambil faktor tempoh simpanan,kadar inflasi serta kadar pulangan perlaburan. 3 faktor ini bakal menggambarkan kos pembelajaran sebenar untuk masa hadapan anak anda.
Langkah 3 :
Pastikan anda menerima khidmat nasihat dari mereka yg bertauliah serta profesional. Menerima khidmat nasihat yg salah bakal menyaksikan impian masa hadapan anak-anak anda tidak tercapai.
Langkah 4 :
Inilah langkah yg terpenting untuk anda lakukan iaitu bertindak segera ke arah penyediaan dana pendidikan ini. Semakin awal anda bermula maka semakin kuranglah kos tersebut. (TIME VALUE MONEY). Semakin anda lewat maka anda semakin rugi dari segi pulangan perlaburan. (COST OF DELAY)

Kami di VIBRATION CONSULTANCY sedia memberi khidmat nasihat secara profesional...
Person to contact : Hanafi
Contact number : 012-2737467
E-mail : hanafi_vibrationagency@yahoo.com
Masa berurusan : mengikut masa pelanggan

No comments: