Thursday, August 14, 2008

HELLO PEJUANG-PEJUANG GELOMBANG

Salam.......setakat sehingga 15/08/08 GELOMBANG sedang mendahului dengan amat baik(rm10,600) dan tahniah dari saya. Malangnya pencapaian ini belum boleh saya berpuas hati kerana sumbangan hanya dari seorang sahaja. Semangat teamwork belum boleh dapat saya lihat dengan jelas. Ahli2 gelombang Ina, Baeith,Azizi,Hassan,Aishah,Fatin, Intan,Illa,Ej,Mohti dan Nasrul anda perlu bergerak atas semangat berkumpulan yg baik. Jalankan tanggungjawab dan komitmen anda dengan sepenuh hati.

Tiada yg mudah jika bercerita tentang kejayaan. Semuanya perlu di bayar dengan ketabahan serta kesabaran. Anda semua masih muda serta berpendiddikan dan saya menjangkakan anda semua boleh berjaya di dalam industri kewangan ini yg semakin hari semakin berpotensi tinggi untuk menjadikan anda usahawan cemerlang. Percayalah, anda tidak silap memilih bidang perancang kewangan ini. Apa yg penting setiap masa penuhi dada anda dengan ilmu yg mantap.

To Change Thing U must Change First..! Ubah minda anda,ubah sikap anda,ubah disiplin serta komitmen anda. Seorang peniaga yg berjaya sentiasa mencari peluang bukan alasan,sehingga masalah yg datang akan menjadi peluang baginya.

Saya harap ahli2 gelombang boleh membuktikan semangat berpasukan yg baik pada bulan ini. Lunaskan hutang komitmen anda untuk bulan Ogos ini. Bertanggung jawab pada janji anda..! Itulah tanda kesungguhan

2 comments: