Thursday, August 14, 2008

KOS PENDIDIKKAN

Sudah tiba masanya sebagai ibubapa yg menginginkan masa depan anak2 yg cemerlang di dalam pendidikan serta mempunyai kerjaya yg baik di masa hadapan membuat perancangan dari awal secara sistematik dan jelas. Pada tahun 2006 menyaksikan sebanyak 100,000 pelajar gagal masuk IPTA bukan mereka tidak layak tetapi berlakunya masalah kekosongan tempat. Mereka semua di nasihatkan menyambung pelajaran di IPTS. Maka timbulah masalah kewangan yg kritikal kerana kos di IPTS sangat tinggi dan ramai ibubapa yg tidak mampu.

Siapakah yg menjadi mangsa..? perlukah anak2 kita berhenti belajar semata2 masalah kewangan.? perlukah kita menjual harta untuk mendapatkan wang pendidikan.? PTPTN..? Hari ini sahaja PTPTN berhutang sebanyak 7 billion ringgit dgn KWSP kerana kekurangan aliran tunai. Adakah 15 tahun lagi PTPTN akan tetap relevan atau interest pinjamannya akan naik kpd 10% berbanding 4% hari ini..? Oleh itu jalan yg terbaik adalah membuat perancangan awal dan semua ini perlu ibubapa lakukan kerana kos pendidikkan meningkat tahun demi tahun. Sebagai contoh jika hari ni kos untuk menjadi seorang doktor di IPTA rm100,000 18 tahun akan datang kos ini akan meningkat menjadi rm285,000.

Tanpa perancangan yg baik saya yakin ianya akan menjadi masalah yg sangat besar untuk ibubapa menyediakan kos tersebut. Sebagai perancang kewangan yg profesional saya ada menyediakan khidmat penyediaan dana pendidikkan tersebut tanpa perlu anda membuat pinjaman. Anda boleh menghubungi saya di talian 012-2737467 atau e-mail di : hanafi_vibrationagency@yahoo.com.

Kepuasan anda adalah kejayaan buat kami.... Hanafi

No comments: