Monday, August 11, 2008

Kita perlu berubah

Salam......kpd 'my partners' dan rakan-rakan, pernah kah anda berfikir anda sebenarnya perlu berubah.? dan masa terlalu cepat untuk menafikan perubahan itu. Dan anda juga sering merasa keliru antara perubahan atau pengekalan diri.
Inilah di antara permainan minda yang selalu memerangkap kita jika kita tidak bertekad bersungguh-sungguh untuk melakukan perubahan itu. 'Love to change'. Kita mesti cinta pada perubahan yang positif kerana dengan perubahanlah kita akan semakin matang dalam kehidupan. Jangan biarkan ketakutan menjadi hakim kepada masa hadapan anda. Anda perlu berani kerana hanya keberanian yang akan memberi anda kekuatan.

Tiba masanya kita anak-anak melayu perlu berani menceburi bidang perniagaan secara serius dan profesional jika kita tidak mahu ketinggalan di dalam segi kewangan maupun pemilikkan ekuiti di tanah keramat ini. Jangan leka dengan sekeliling yang sentiasa membutakan pandangan kita tentang masa hadapan. Keselesaan sentiasa menghalang ke arah kejayaan. Oleh itu kita tidak boleh selesa. Kekeliruan penafsiran 'keselesaan' akhirnya akan meninggalkan kita jauh di belakang dari segi ekonomi berbanding bangsa asing.

Anda tidak boleh berdengki,memusuhi atau menghalang kemajuan bangsa lain kerana mereka berhak di atas apa yang mereka usahakan. Apa yang perlu kita lakukan adalah bersaing secara positif. Bersungguh-sungguhlah apabila melakukan sesuatu. Berikan komitmen dan disiplin yang bertaraf A+. Isyaallah anda mampu bersaing dengan mereka malahan akan jadi yang terbaik dari mereka. 'BELIEVE .!' Di mana tahap % kepercayaan anda pada diri sendiri.? Anda perlu % kepercayaan yang tinggi apabila berniaga. Dengan adanya kepercayaan yang kuat barulah anda akan YAKIN.

Menjadi perancang kewangan( financial planner ) di era millinium ini adalah kerjaya dan perniagaan yang sangat berpontensi besar utuk memiliki pendapatan yang lumayan. Perniagaan ini hanya memerlukan ilmu kewangan( financial knowledge ) yang baik dan mantap. Anda boleh memiliki pendapatan 5 angka dalam tempoh 3 tahun. Apa pun perniagaan semestinya memerlukan komitmen yang tinggi dan sistem kerja yang bermutu. Jika anda tidak boleh berdisiplin dan memberi komitmen sebenarnya anda tidak layak untuk apa-apa pun perniagaan. Sebenarnya itulah sebesar-besar sikap yang merugikan anda. Sebaliknya jika disiplin dan komitmen boleh anda beri dengan baik anda adalah peniaga yang berjaya.

BATTLE ARE WON BY THOSE WHO BELIEVE IN WINNING..!

1 comment:

Semut Merah said...

Cuba cari buku ni - WHO MOVED MY CHEESE by Spencer Johnson